Repositori Parlimen Malaysia berfungsi untuk menyokong penyimpanan, pengurusan, dan penyebaran bahan perpustakaan dan dokumen terbuka Parlimen Malaysia. Sistem ini membolehkan maklumat disimpan dalam format digital dan boleh diakses secara dalam talian pada bila-bila masa.

Perpustakaan Parlimen Malaysia adalah satu pusat kecemerlangan rujukan dalam urusan perundangan, parlimen, pentadbiran kerajaan dan pentadbiran awam bagi menyokong keperluan penyelidikan Ahli-ahli Parlimen Malaysia dan kakitangan Parlimen Malaysia ke arah pembelajaran sepanjang hayat . Penggunaan Perpustakaan Parlimen Malaysia ini terhad kepada Ahli-ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen Malaysia sahaja. Pengguna luar yang ingin menggunakan Perpustakaan Parlimen perlu memohon kepada Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia di alamat : Pejabat Ketua Pentadbir, Parlimen Malaysia,Bangunan Parlimen,Jalan Parlimen,50680 Kuala Lumpur.

Untuk bantuan, sila hubungi Perpustakaan Parlimen Malaysia ditalian ini :

03-2603 6123 (Pustakawan)
03-2603 6126 / 6127 (Kaunter)


Emel: perpustakaanparlimen@parlimen.my