PERJANJIAN MALAYSIA 1963 Collection home page

Perjanjian Malaysia 1963 atau turut dikenali sebagai Malaysia Agreement (MA63) adalah sebuah dokumen yang ditandatangani oleh pihak-pihak “United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Menyingkap kepada perjanjian yang penuh sejarah ini, ianya ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London dan telah didaftarkan di sekretariat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations – UN) pada 21 September 1970 oleh United Kingdom of Great Britain dan Northen Ireland dengan nombor rujukan 10760. Perjanjian ini merupakan teks yang sah di sisi undang-undang bagi setiap Perkara di dalam perjanjian ini ialah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Di dalam perjanjian ini, terdapat sebanyak 11 Perkara yang disusuli dengan lampiran-lampiran yang menjadi asas kepada Akta 26/1963 untuk meminda perlembagaan sedia ada iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, selaras dengan penggabungan bersama Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Setiap satu daripada Perkara yang terdapat di dalam perjanjian ini berfungsi sebagai perkara dan arah tuju yang harus diikuti, dipatuhi dan ditunaikan oleh semua pihak yang telah menandatangani perjanjian ini.

Browse
Subscribe to this collection to receive daily e-mail notification of new additions RSS Feed RSS Feed RSS Feed
Collection's Items (Sorted by Submit Date in Descending order): 1 to 1 of 1
Issue DateTitleAuthor(s)
2026-01-01Akta Tafsiran 1948 dan 1967PARLIMEN, MALAYSIA
Collection's Items (Sorted by Submit Date in Descending order): 1 to 1 of 1

Discover

Date issued
Has File(s)